Majlis perkahwinan aku
Aku mahu yang gah
Melebihi artis-artis
Aku mahukan pelayan pada setiap meja tetamu
Aku juga mahukan hantaran berjuta
Apa yang aku mahukan
Harus bakal suami aku tunaikan
Dia mesti punya kerjaan yang bagus
Gaji yang lumayan
Jutaan pasti
Aku tahu..
Pasti ada golongan yang persis itu..
Yang angankan kemewahan pada perkahwinannya..
Namun bagi aku
Aku mahu yang simple
Like "a simple og me"
Oh ya.. itu nama blog aku..
Perkahwinan aku nanti..
Aku mahukan keberkatan
Kerana aku harap ianya berkekalan
Sampai akhirat sana
Jadikan aku tak perlukan yang mahal
Tapi sekadar yang mampu
Bakal suamiku
Kamu pasti bertuah orangnya
Aku terima apa saja yang kamu berikan
Aku tak perlukan hantaran berjuta
malah ribu-ribuan
Kerana aku tahu..
Kamu juga yang akan menyara aku dan anak-anak nanti
(aiseh...anak-anak tuuuuu)
Yaaa aku tahu..
Ada juga nanti yang bakalan mengata-mengata *mengumpat*
"Eh, senah kau tahu tak, hantaran dia tu murah gilerrrrr,
majlis pun simple2, dia bg telur jew kat kita. ish kau fikir tak apa yg aku fikir?"
GRRR,,, nyah kau saiton-saiton!
Don't worry be happy ya bakal suamiku..
Aku tak hairan semua itu..
yang mungkin pada pandangan mereka nanti aku orangnya "murah"
xpe, janji kita bahagia...weeeeeee !
pandangan orang..
lama-lama senyap la tu..
Biar murah
asal berkat..
Perkahwinan tu bukan sesuatu yang menyusahkan..
29 Org kOmen siNi:
setujuu..kawin ikut kempuan..bkn ikut org
betul3.. xpayah besar3.. kecik2 suda asalkan bahagia.. nie kenduri besar-besaran.. kawin xsmpi 10 tahun.. >.<
sgt dipersetujui konsepmu...cuma harga hantaran tu harus dibincangkn bersama org tua...coz..apa yg kita mahukan x seperti yg parents mahukn...
mudah2an.. =) amin..
tumpang tnye.. mas kawen brape ye.. ;p
GincoMerahJambu :heee kan?
yang pntg bahagia :)
niera follow blog comel ni :)
haha..majlis kahwin blink-blink..tapi x berkat watpe...riak tu tak baik...semate2 nak nampak hebat depan mate org..dunie je tu..
p/s : dah follow sini awak .. :D
betul tu..yg penting kebahagiaan dan keberkatan..tu yg dicari..
cinta siswi : betul2...
Yumida : aku takkan ketepikan org tua ku...heheh
kim heeruul : aminnnn
zulhilmi tempoyak : ikot kmahuan org tuaku.
aisyah humaira' : ya, asalkan bahagia..
Cik Retiss : niat kna ikhlas kan..
biela bell: hehe kan kan...
alaaa, baca entry ni x saba pulak nak kahwin. hehehe
kalau bole xnak bersanding pun.
huuuu.yup.simple da.asal majlis jalan
lancar dan sah da la
cukup syarat dan berkat itulah yang penting
jangan jadikan perkahwinan seperti personal loan...car loan...ptptn
sweet..sgt setuju.sangat2 okay =D
Brown girl : hehe jom kawen..(*_*)
syafiqakarim : bersandingkan tak boleh...
khaifaiz : setuju..
niesa : tu lah pasal...zaman skrg niw..leh lak nak kawen buat loan..
aniswany : hehe...(*_*)
kalau kahwin berjuta2 lepas tu berhutang sampai ke tua pon..x guna jugak.seronok 2 hari..seksa sampai bertahun2
Liza Razak : tahu xpe....
kite pon nk yg simple2 jee.. xyah laa nk over2 kan.. hehe
teha : hehee..xperlu pun.
biar simple..asl berkat..(^_^)
betul tu.. berkahwin biarlah sekali seumur hidup n kekal hingga k akhir hayat.. apa gnanya buat mjlis grand2..lps tu hutang keliling pgang..last2 bercerai...
sebaik-baiknya..buat lah dlmpenuh kesederhanaan..tp penuh kemeriahan utk meraikan bersama sanak saudara.. x perlu hntaran y branded2.. cukupla skadar termampu.. apa y penting..akad nikanya... yang m-SAHkan & m'HALALkan hubungan antara lelaki n perempuan :-)
wahhhh bgus nya!!!
skg sume awek2 demand nk harga mahal2,majlis besar2...
ok sy cop awk!wakakakaka
~Sweet Honesty~ : ya betul tu..
LYAfrina : setuju dgn akk, biar sederhana.. Allah pun suka.. kan?
EZAD AMIR : haha ada jew yg sukakan kesederhanaan, cuma tak tonjolkn diri.. cri la..keh3.
sukaaaa entry ni.
tak payah nak over2 sangat time kawen tuhh.
biar simple. janji jodoh berkekalan.
:)
nie yang buat nak kahwin ngan cik mia nieh,,ehehe^_^
Post a Comment