A siMpLe OF Me..

Thursday, 26 January 2012

Mengandung



Semalam..
Aku ke klinik.
Eh! bukan sebab aku mengandung.
Kawen pun belum..
Aku masih dara
Aku masih suci

Aku lihat, aku tenung.
Ramai sungguh ibu menandung..
Juga ada yang sedang pantang.
Aku jadi kagum..
Lantas teringat kecintaanku di kampung..
Mak aku lahhh..

Wahai suami-suami..atau bakal suami..
Jagalah isteri kamu..
Aku lihat ada yang sendirian ke klinik..
Kasihan..
Anak pertama mungkin kamu excited..
Harap begitu juga untuk anak-anak yg seterusnya.


Aku tahu encik bf aku seorang yang bertanggungjawab


Saturday, 21 January 2012

Kenduri kahwin .




Aku tak tahu..
Aku tak tahu gambar kahwin siapa kat atas ni..
Yang aku tahu..
Aku rembat kat google image.
Bukan salah aku ok.

Hari ni, 21/1/2012
Sepupu aku, 3 beradik kawin sekali 
(bukan kahwin antara 1 sama lain, kahwin dengan pasangan masing2 lah !)
Budget 2012 kot.
Aku tak tahu
Aku main agak je.

Aku mahu pakai cantik-cantik
Walaupun bukan aku yang kahwin
Mana tahu ada yang tersangkut dengan aku nanti 
(Aku tak gatal ok) series !
aku sayang encik bf aku.


Friday, 20 January 2012

Retak seribu !




Pilu hati ini melihat ia pergi,
Sungguh, aku sangat sayang padanya !
Betapa aku menghargainya,
Betapa aku memerlukannya,

Saat ia ada,
Aku gembira..
Menikmati segala..

Tapi kini,
Aku sendiri !
Namun aku tak mahu pengganti,

Retak seribu,
Pinggan kesayanganku.......



Thursday, 19 January 2012

Sujud




Tuhan aku Allah,
Rasul aku Nabi Muhammad
Agama aku Islam

Moga DIA yang di ATAS sentiasa pelihara aku,
dari kekejaman dunia ,
dari fitnah manusia ,
dari busuk hati insan yang mungkin tidak suka melihat kesenangan aku.

Tuhan, aku sujud padamu.
Moga aku mati dalam iman.


Wednesday, 18 January 2012

444



Aku masih baru lagi,
sangat baru,
baru dalam "mia adriana"

sungguh..
aku terkedu
baru 3 entry..
ya baru 3!
aku sudah dapat penghargaan..

Infiniti terima kasih buat siswi
mia adriana sgt menghargai.


bukan niat mahu berbangga atau riak
cuma bersyukur kerana dihargai
bukan semua orang dapat peluang ..
bukan juga mia adriana yg sebelum ini..

Wordless Wednesday #1


Ketenangan !



Aku mahu rasa ini terus kekal dalam hati..




Tuesday, 17 January 2012

Salah itu punya aku atau punya dia?



Salah itu
Punya aku?
Punya dia?

Kenapa perlu digembar-gemburkan?
Aku rileks-rileks saja..
Kenapa dia yang lebih?
Mengadu sana-sini..
Sampai keluar air mata.

Aku nih diam-diam saja..
Aku juga punya rasa tak puas hati,
Tapi tak pula aku kecoh..
Ni tak...
Sampai semua menyalahkan aku..

Huh
Hampeh!



Madah Berhelah !


Aku cuma gadis biasa
Punya rasa 
Punya jiwa..
Punya apa yang kamu ada,

Aku di sini,
Cuma ingin sedikit ruang
Biar bisa bernafas
Biar bisa meluah

Moga kehadiran aku diterima


_Mia Adriana_

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...